Giat Berdakwah Bertemu Masyarakat

Posted by admin

ARAU 10 Nov - Sejajar dengan motto inSAFF, "Penjana Komuniti Glokal", beberapa orang ahli inSAFF telah turun melakukan khidmat masyarakat di Pasti al-Amali, Arau bersempena dengan Konvokesyen Pasti al-Amali 2007. Antara aktiviti yang telah dilakukan pada konvokesyen ini ialah persembahan nasyid, sukaneka dan sessi penghayatan al-Quran. Ramai penduduk kawansan sekitar hadir ke majlis tersebut dari semua peringkat golongan. Majlis turut diserikan dengan tayangan video dan sebagainya. Hakikatnya, majlis ini telah menghubungkan ukhuwah sesama penduduk dan inSAFF. Gelagat adik-adik PASTI yang amat melucukan menghiburkan majlis ini. Pelbagai maklumbalas positif yang telah diberi oleh pihak penganjur. "InsyaAllah, kita akan jemput mai lagi nanti," ujar seorang penduduk kampung. Saudara Ali Izzuddin berkata, "Sesungguhnya program in mengajar kita untuk berkhidmat kepada masyarakat dan tidak terperap sahaja". Harapannya, semoga pengalaman yang ditimba dapat dimanfaatkan pada masa hadapan.

2 comments:

  1. Anonymous said...

    Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Smartphone, I hope you enjoy. The address is http://smartphone-brasil.blogspot.com. A hug.

  2. musoddiq said...

    nukman,adakah ana still ahli insaff corp lagi????