Giat Berdakwah Bertemu Masyarakat

Posted by admin

ARAU 10 Nov - Sejajar dengan motto inSAFF, "Penjana Komuniti Glokal", beberapa orang ahli inSAFF telah turun melakukan khidmat masyarakat di Pasti al-Amali, Arau bersempena dengan Konvokesyen Pasti al-Amali 2007. Antara aktiviti yang telah dilakukan pada konvokesyen ini ialah persembahan nasyid, sukaneka dan sessi penghayatan al-Quran. Ramai penduduk kawansan sekitar hadir ke majlis tersebut dari semua peringkat golongan. Majlis turut diserikan dengan tayangan video dan sebagainya. Hakikatnya, majlis ini telah menghubungkan ukhuwah sesama penduduk dan inSAFF. Gelagat adik-adik PASTI yang amat melucukan menghiburkan majlis ini. Pelbagai maklumbalas positif yang telah diberi oleh pihak penganjur. "InsyaAllah, kita akan jemput mai lagi nanti," ujar seorang penduduk kampung. Saudara Ali Izzuddin berkata, "Sesungguhnya program in mengajar kita untuk berkhidmat kepada masyarakat dan tidak terperap sahaja". Harapannya, semoga pengalaman yang ditimba dapat dimanfaatkan pada masa hadapan.

Menaut Ukhwah

Posted by admin

SINERGI: Terus Melangkah ke Hadapan

Posted by admin


inSAFF MATRI telah mengenalpasti kapasiti dan kemampuan dakwah yang dapat diaplikasikan pada masa hadapan. Biarpun hanyalah satu pertubuhan tidak formal, inSAFF serba sedikit memainkan peranan dalam membantu penerusan dan kesenimbungan Dakwah dan Tarbiyah dan akan tetap terus melakukan sedemikian demi kebaikan ummat Manusia sejagat. inSAFF berhasrat untuk terus menjadi medan tautan ukhwah dan silaturahim antara sesama Muslim.
Wassalam...

Apa yang nak dinukilkan?

Posted by admin

Macam-macam masalah dalaman...
Kusut minda para moderator nak meng"imarah"kan web log ini...
InsyaAllah kita try sebaik mungkin...